تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku




“Ketika matinya anak Adam, terputuslah amalannya keculai tiga perkara, ilmu yang bermanfaat, sedekah Jariah, dan doa anak yang soleh”

Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa mencari ilmu untuk menandingi para ulama atau mengalahkan orang2 yang jahil, atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya( menjadi terkenal ), maka orang ini akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka ".

[Hadis Riwayat Tirmizi]




SELAMAT DATANG KE wowCLICKzone, TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG,SEMOGA APA YANG DIKONGSI DISINI BERMANAFAAT KEPADA ANDA...

RUKUN WUDHU

Rukun wudhu’ ada enam perkara iaitu niat, membasuh muka, membasuh duabelah tangan hingga ke siku, menyapu sebahagian daripada kepala, membasuhdua belah kaki hingga buku lali dan tertib. Anggota-anggota wajibdiwudhu’kan ialah yang terkandung dalam rukun-rukun wudhu’ selain niat dantertib seperti di atas. Manakala sunat ialah:1. Membaca bismillahirrahmanirrahim.2. Membasuh dua belah tapak tangan sebanyak tiga kali sebelummemasukkannya ke dalam bekas air.3. Berkumur-kumur.4. Memasukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan dan mengeluarkannyadengan tangan kiri.5. Menyelati janggut yang tebal.6. Menyapu seluruh kepala.7. Menyelati celah-celah jari kedua-dua belah tangan dan kaki8. Menyapu dua telinga luar dan dalam dengan air yang lain selain daripadaair buat menyapu kepala.9. Melakukan semua perbuatan fardhu wudhu’ dan sunatnya sebanyak tiga kali.10.Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri ketika membasuh tangan dankaki.11.Menggosok-gosok tangan atas anggota ketika membasuhnya.12.Melebihkan basuhan muka ke bahagian kepala dan membasuh bahagian atasdua siku dan buku lali.13. Bersederhana menggunakan air tanpa berlebih-lebihan dan terlaluberdikit-dikit.14. Menghadap qiblat ketika berwudhu’.15. Tidak bercakap-cakap ketika berwudhu’.16. Berdoa setelah selesai berwudhu’.Bagi makluman saudara peluh bukan tergolong dalam 

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu." Seorang yang berasal dari Hadramaut bertanya kepada Abu Hurairah: "Apakah hadas itu?" Abu Hurairah menjawab: "Hadas itu ertinya angin yang keluar dari lubang anus."

Seseorang yang mahu mengerjakan solat wajib berwudhu'. Terdapat 5 perkara yang membatalkan wudhu' iaitu:

    Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur (hadas kecil)
    Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wudhu'.
    Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
    Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik.
    Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.

Selain itu terdapat 11 perkara yang membatalkan Solat :

    Meninggalkan salah satu rukun solat
    Berhadas kecil atau besar
    Makan atau minum
    Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
    Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
    Berkata-kata
    Berpaling dada daripada arah kiblat
    Ketawa dengan mengeluarkan suara
    Terbuka aurat dengan sengaja
    Berubah niat
    Murtad



Next Previous Home

Get Update articel Via Facebook


CLOSE